Monday, April 14, 2014

SEMINAR EMPATI DAN PERPADUAN NASIONAL


Seramai 25 orang pelajar prauniversiti SMK Tinggi Kajang dengan diiringi Pn.Shamsinah Ibrahim telah mengikuti Seminar Empati dan Perpaduan Nasional pada 4-5 April 2010 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seminar anjuranYayasan 1Malaysia ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru prauniversiti dari seluruh daerah Hulu Langat. Antaratujuan seminar ini adalah untuk memperkukuh keharmonian nasional dan membangunkan rasa penghargaan yang mendalam terhadap  warisan kepelbagaian budaya.Para penceramah terdiri daripada Dr. Chandra Muzaffar , Tan Sri Lee LamThye, dan Tuan Haji Hamilye Sham Harun dari Institut Integriti Malaysia.
Pn Shamsinah Ibrahim

0 comments:

Post a Comment