Friday, April 25, 2014

PROGRAM PEMBUGARAN MINDA GURU-GURU BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI


PROGRAM PEMBUGARAN MINDA GURU-GURU BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

DAERAH HULU LANGAT 2014

 

Badan Permuafakatan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat (PPDHL) telah menganjurkan Program Pembugaran Minda Guru-Guru Bahasa Melayu Prauniversiti Daerah Hulu Langat di SMK Tinggi Kajang pada 17 April lalu. Program ini telah disertai 11 orang guru bahasa Melayu dari 8 buah sekolah di daerah ini. Antara objektif penganjuran program tahunan ini adalah untuk memperkasa kemahiran dan pengetahuan guru-guru bahasa Melayu dalam sistem pentaksiran kertas Bahasa Melayu STPM. Dua orang penceramah telah berkongsi ilmu dan pengalaman mereka  iaitu Encik Mohd. Khir bin Kassim, Guru Cemerlang dari SMK Bandar Baru Salak Tinggi dan Puan Hawiyah binti Baba dari SMK Jalan Reko.

Pn. Shamsinah Ibrahim


0 comments:

Post a Comment