Friday, October 4, 2013

Program BEAMS - Basics Essential Additional Mathematics Skill Untuk Murid-Murid Tingkatan 3

Kepada Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Murid-Murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang Sesi 2013

Kelemahan Murid-Murid Dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan

Pada umumnya, mata pelajaran Matematik Tambahan atau Additional Mathematics merupakan salah satu mata pelajaran yang amat digeruni oleh murid-murid apabila mereka melangkah masuk ke Tingkatan 4 selepas berjaya dalam PMR. Lanjutan daripada itu, pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam peperiksaan sama ada pada peringkat sekolah atau SPM adalah kurang memuaskan. 

Salah satu punca yang telah dikenal pasti adalah kelemahan murid-murid dalam menguasai konsep-konsep asas matematik. Kelemahan ini telah menghambat kemahiran dan keyakinan murid-murid berkenaan dalam memanipulasi dan menyelesaikan masalah-masalah matematik seterusnya menurunkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik, apa lagi matematik tambahan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM sedia maklum dan telah mengambil tindakan untuk menangani masalah ini. Lanjutan daripada itu, Program BEAMS telah digubal dan dipanjangkan kepada semua sekolah menengah untuk dilaksanakan.

SMK Tinggi Kajang tidak terkecuali dari masalah yang disebutkan di atas dan telah telah merancang melaksanakan Program ini bagi menangani masalah yang disebutkan itu dan sebagai salah satu aktiviti untuk murid-murid Tingkatan 3 selepas menduduki PMR.

Semua murid-murid Tingkatan 3 adalah diwajibkan mengikuti program ini.

Matlamat Program

Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan khasnya dan Matematik amnya pada peringkat SPM.

Objektif Program

Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam memanipulasi asas matematik.

Meningkatkan keyakinan murid-murid dalam mengikuti dan menyelesaikan masalah-masalah mata pelajaran Matematik Tambahan.

Meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.

Sebagai satu daripada kriteria bagi menentukan murid-murid yang layak mengambil pakej mata pelajaran yang mengandungi mata pelajaran Matematik Tambahan.

Kumpulan Sasaran

Semua murid Tingkatan 3 SMK Tinggi Kajang yang telah menduduki PMR 2013.

Tarikh Pelaksanaan

16 Oktober - 28 Oktober 2013.

Jadual Waktu Program

Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing kecuali kelas 3F dan 3G yang akan digabungkan dan dikendalikan oleh seorang guru.

Waktu PdP: 7.45 pagi - 9.15 pagi.

Pembahagian Kelas dan Guru Yang Mengajar

 Kelas
Guru
Kelas
Guru
3KAA
Pn. Mazila Muda
3D
Pn. Nor Azmah Ahmad
3A
Pn. Chia Lee Fong
3E
Pn. Munira Anas
3B
Pn. Merah Hassan
3F & 3G
En. Lee Ah Heng
3C
Pn. Norasmah Ahmad
-
-

Prosidur Program

Kehadiran murid-murid setiap sesi dicatat.

Guru mengajar konsep-konsep asas matematik seperti cadangan dalam modul.

Murid-murid membuat latihan seperti dalam helaian latihan.

Guru membuat penilaian latihan yang dilakukan oleh murid.

Satu ujian penilaian akan dijalankan di akhir program iaitu pada 28 Oktober 2013.

Pelan Penilaian

         Bil.
Instrumen
Indikator
1.
Kehadiran Murid
Dilihat  jumlah kehadiran murid setiap sesi
2.
Helaian latihan atau hasil kerja murid.
Kuantiti dan kualiti aktiviti latihan bertulis murid-murid berkenaan.
3.
Helaian penilaian akhir program
Pencapaian murid-murid dalam ujian yang dilaksanakan pada akhir program
4.
Analisis Keputusan Ujian / Peperiksaan
Perbandingan pencapaian murid-murid dalam ujian dan peperiksaan peringkat sekolah / SPM.

Pensijilan

Sijil akan diberikan kepada murid-murid yang berjaya hadir sekurang-kurangnya 80% dalam PdP dan berjaya dalam ujian di akhir program.

Rumusan dan Pelaporan Program

Disediakan selepas analisis keputusan ujian/peperiksaan dan perbandingan pencapaian murid-murid yang mengikut program ini dengan kumpulan yang sebelumnya yang tidak didedahkan dengan program BEAMS.

Modul BEAMS dan Helaian Latihan Murid

     BEAMS -

0 comments:

Post a Comment