Friday, September 6, 2013

Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR 2013




            Unit Kurikulum SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada 2 September lalu. Seramai 23 orang murid telah dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Anugerah yang disediakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori pelajar cemerlang yang mencapai A dalam semua mata pelajaran dan kategori pelajar harapan bagi pelajar yang mencatat keputusan 4A dan ke atas. Majlis penyampaian hadiah ini bertujuan memberi motivasi kepada murid-murid ini untuk terus cemerlang dan menyuntik semangat dalam diri murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berjaya.

Ahmad Amirul (5G)

0 comments:

Post a Comment