Friday, September 6, 2013

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia ke–50 tahun 2013



 

 


Pada 19 Ogos 2013 , SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke–56 dan Jubli Emas Hari Malaysia ke–50 tahun 2013 . Majlis yang dikendalikan oleh Puan Roslini turut diserikan dengan Pengkisahan Sejarah oleh Puan Damithah Burhanuddin dan deklamasi puisi bertajuk “Di Titian Kemerdekaan” oleh saudara Kamarul Ariffin dari tingkatan 6AB. Acara kemuncak adalah penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua pengawas. Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai – ramai lagu patriotik “JALUR GEMILANG”.

Shafiq & Shahrizat & Hazim ( 4D )

 

 

0 comments:

Post a Comment