Tuesday, June 25, 2013

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Langat


SMK Dusun Nanding telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan kawad kaki badan beruniform GO,NGO dan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat pada 15 Jun 2013.  Pertandingan ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Tinggi Kajang telah merangkul gelaran Naib Johan dalam kategori KRS. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara para peserta dan memupuk sifat disiplin dalam kalangan peserta. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan Pn. Hanim binti Ahmad sebagai guru penasihat pasukan KRS SMK Tinggi Kajang.
Shaqil Bin Shuffi (5H)

0 comments:

Post a Comment