Monday, June 17, 2013

Perkhemahan PKBM (DARAT) Peringkat Negeri Selangor 2013



Pada 26 Mei – 30 Mei 2013, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) SMK Tinggi Kajang telah mewakili daerah Hulu Langat ke Perkhemahan PKBM (Darat) Peringkat Negeri Selangor 2013 di Kem ll Briged, Sg. Buloh, Selangor. Antara pertandingan yang diadakan dalam perkhemahan tersebut ialah kawad kaki, menembak dan merentas halangan. SMK Tinggi Kajang telah berjaya meraih johan dalam acara kawad kaki dan naib johan dalam acara menembak.SMKTK juga telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara merentas halangan. Semua peserta perkhemahan ini berjaya mewakili Negeri Selangor ke Perkhemahan PKBM (Darat) Kebangsaan di Seberang Takir, Terengganu pada 21 Jun hingga 27 Jun 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan PKBM yang diwakili oleh Badrul Amin (3KAA), Syafiq (3KAA), Amirul Hafiz (3A), Haikal (3C), Afiq (3E), Jasmin Addli (3E), Zulfirdaus (4G), Safwan (5D), Amirul Fikri (5G), Afnan (3E), Syed Taufiq (3KAA), dan Aizat Auzaie (2C) serta guru penasihat En. Abd. Razak B. Ramli yang telah menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah

AIDI ASSYAL(6AB)

0 comments:

Post a Comment