Thursday, April 25, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang 2013


 
            Majlis Anugerah Cemerlang 2012 telah diadakan pada 20 April 2013 yang lalu bertempat di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah ,Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, iaitu YBhg. Tuan Muhammad Radzi bin Abdullah. Majlis yang diadakan saban tahun ini bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh para pelajar SMKTK dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagi tahun 2012 , Pingat Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamel Ariffin bin Mohd Atan  bagi kategori Bumiputera Terbaik PMR dimenangi oleh Muhamad Shafeeq bin Nahoor Aziz. Kategori Bumiputera Terbaik bagi Mata pelajaran Matematik Tambahan SPM disandang oleh Ahmad Kamil bin Ahmad Nadzri. Ahmad Kamil bin Ahmad Nadzri juga memenangi kategori Bumiputera Terbaik bagi pelajar Aliran Sains. Sutesh a/l Vasudhevan telah memenangi Pingat Tan Chee Ghee, iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan PMR manakala Senduradesigen Naidu a/l Parthasarathee memenangi Pingat Gates iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan SPM. Pingat Tay Kim Siew iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan STPM pula dimenangi oleh Wong Fuei San. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar.

(ARIF YAAKOB 6AA)

0 comments:

Post a Comment