Friday, April 5, 2013

LAWATAN KE JABATAN PEGUAM NEGARA


 

Unit Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Putrajaya telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar pada 23 Mac yang lalu. Seramai 81 orang pelajar Tingkatan 6 telah mengambil bahagian dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan secara interaktif mengenai undang-undang dan kerjaya dalam bidang guaman kepada remaja. Lawatan ini diiringi oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Rizal B Uzir dan beberapa orang guru Pengajian Am iaitu Puan Sabariah Bt Mat Ali, Puan Munah Bt Mohd Yusop, Encik Mansor B Ismail, dan Ustaz Ramzi B Yunus.
Amalina Farhana & Sarah (6AB)

0 comments:

Post a Comment