Friday, April 12, 2013

Anugerah Khas Kecemerlangan Peperiksaan STPM 2013 Penggal Pertama


 
          Unit Pengurusan Tingkatan 6 telah memberi Anugerah Khas kepada 12 orang pelajar yang memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2013 penggal pertama pada 8 April yang lalu. Anugerah khas ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Anugerah Jejak Jaya, Anugerah Cendekia, dan Anugerah Citra Unggul yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) melebihi 3.5. Anugerah ini bertujuan untuk memberi perangsang kepada pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan penggal 1, 2, dan 3 akan datang.
AIDI ASSYAL (6AB)

0 comments:

Post a Comment