Thursday, April 25, 2013

NILAM PROGRAMME

      Our school launched the DISTRICT NILAM PROGRAMME (Nadi Ilmu Amalan Membaca) on the 22nd of April 2013. The master of ceremonies were  two Form Six librarians, Chin Kah Chun and Wong Yee Ni (6AD) and it was officiated  d by Pn. Normah bt Hashim at the assembly. The main objective of this program is to instill a love for reading among  students and encourage them to read more as knowledge comes from what we read.

(LESLIE GAN 6AC)

Majlis Anugerah Cemerlang 2013


 
            Majlis Anugerah Cemerlang 2012 telah diadakan pada 20 April 2013 yang lalu bertempat di Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah ,Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, iaitu YBhg. Tuan Muhammad Radzi bin Abdullah. Majlis yang diadakan saban tahun ini bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh para pelajar SMKTK dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagi tahun 2012 , Pingat Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamel Ariffin bin Mohd Atan  bagi kategori Bumiputera Terbaik PMR dimenangi oleh Muhamad Shafeeq bin Nahoor Aziz. Kategori Bumiputera Terbaik bagi Mata pelajaran Matematik Tambahan SPM disandang oleh Ahmad Kamil bin Ahmad Nadzri. Ahmad Kamil bin Ahmad Nadzri juga memenangi kategori Bumiputera Terbaik bagi pelajar Aliran Sains. Sutesh a/l Vasudhevan telah memenangi Pingat Tan Chee Ghee, iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan PMR manakala Senduradesigen Naidu a/l Parthasarathee memenangi Pingat Gates iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan SPM. Pingat Tay Kim Siew iaitu pelajar Terbaik Keseluruhan STPM pula dimenangi oleh Wong Fuei San. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar.

(ARIF YAAKOB 6AA)

PROGRAM SMART SOLAT


 
        Pada 20 April yang lalu, Ahli Jawatankuasa Asrama Tun Dr. Abdul Aziz dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program ‘Smart Solat’ yang bertempat di surau Ar-Rahman SMKTK. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar asrama tentang tatacara berwuduk dan bersolat yang sempurna dan  dituntut dalam Islam di samping membetulkan bacaan-bacaan dalam solat.
(SHAHIDAN IQBAL 6AF)

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT



      Unit Kesihatan SMK Tinggi Kajang telah melancarkan Minggu Gaya Hidup Sihat pada 18 April 2013. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man di Dataran Murni SMK Tinggi Kajang dengan dengan membawa tema “Kesihatanku, Kekayaanku”. Pihak sekolah telah menjemput khas En. Muhd Khairi bin Muhd Din dari Kementerian Kesihatan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Promosi Kesihatan : Gaya Hidup Sihat. Program ini bertujuan untuk menyemai kepentingan menjalani gaya hidup sihat dalam kalangan guru dan pelajar .
(SHAQIL SHUFFI 5H)

KAWAD PKBM


  Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)  Sek. Men. Keb Tinggi Kajang telah menyertai Pertandingan Kawad Bersenjata pada 6 dan 7 April yang lalu bertempat di  Kem Sungai Buluh. Seramai 25 orang pelajar telah terlibat dalam pertandingan ini. Pasukan PKBM sekolah telah berjaya mendapat tempat kelima antara 16 buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini. Sarjan Muhammad Firdaus Bin Ramdan dari kelas 4G telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kategori Ketua  Platun Terbaik. Tahniah diucapkan kepada En. Abd. Razak Ramli, guru penasihat PKBM dan pasukan PKBM SMK Tinggi Kajang . Badrul Amin 3KAA

SELAMAT DATANG KE TINGKATAN 6 SESI 2013/14

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran ke tingkatan enam seperti ketetapan berikut;

Tarikh: 8 Mei 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin, SMK Tinggi Kajang.
Pakaian: Pakaian Seragam sekolah dan kemas http://praukhs.blogspot.com/2012/04/pakaian-seragam-murid-tingkatan-6-khs.html

Sila bawa dokumen asal dan salinannya seperti berikut;

1. Surat tawaran
2. Keputusan SPM 2012
3. Kad Pengenalan
4. Sijil kelahiran
5. Sijil berhenti sekolah.

Harap Maklum

PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN ENAM SMK TINGGI KAJANG

Berikut adalah pakej mata pelajaran yang ditawarkan di tingkatan enam  SMK Tinggi Kajang. Murid tidak dibenarkan mengambil subjek selain dari pakej yang ditawarkan.

Pakej Mata Pelajaran Kemanusiaan

1. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Geogafi, Ekonomi

2. Pengajian Am, MUET, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah.

3. Pengajian Am, MUET, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan.


Pakej Mata Pelajaran Sains

1. Pengajian Am, MUET, Matematik, Kimia, Fizik.

2. Pengajian Am, MUET, Matematik, Kimia, Biologi

Harap maklum.

Sunday, April 14, 2013

KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN 2013 ONLINE


Kuiz Matematik Tambahan Online 2013 -

Friday, April 12, 2013

PROGRAM ‘STUDY SMART’

 

          Unit Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang dengan kerjasama INTI International University telah menganjurkan Program ‘Study Smart’ yang berlangsung pada 9 April 2013 di Kampus INTI International University, Nilai. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang pemilihan kerjaya dan kemahiran belajar kepada pelajar-pelajar tingkatan enam. Semua pelajar tingkatan enam telah terlibat dalam program ini. Guru-guru akademik tingkatan enam pula berpeluang mengikuti Program Fisioterapi di Pusat Fisioterapi universiti tersebut.
SARAH & AMALINA (6AB)

Anugerah Khas Kecemerlangan Peperiksaan STPM 2013 Penggal Pertama


 
          Unit Pengurusan Tingkatan 6 telah memberi Anugerah Khas kepada 12 orang pelajar yang memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2013 penggal pertama pada 8 April yang lalu. Anugerah khas ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Anugerah Jejak Jaya, Anugerah Cendekia, dan Anugerah Citra Unggul yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) melebihi 3.5. Anugerah ini bertujuan untuk memberi perangsang kepada pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan penggal 1, 2, dan 3 akan datang.
AIDI ASSYAL (6AB)

Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2013




Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2013 telah berlangsung pada 8 April. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Nik Mat bin Nik Man di Dataran Murni. Program tahunan ini dilaksanakan bagi meningkatkan dan memperkembangkan bakat murid dalam pelbagai aspek  pembelajaran melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Dalam majlis tersebut juga telah dilancarkan Kempen Mata Pelajaran Sejarah yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013. Majlis Pelancaran Bulan Akademik turut diserikan dengan persembahan Silat Gayung Patani, deklamasi dan nyanyian lagu puisi serta persembahan syair. Semua panitia telah menganjurkan pelbagai pertandingan yang boleh disertai oleh semua pelajar sepanjang bulan April.
MUHAMMAD HAZIM (4D)

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa


 

          Pasukan bola sepak SMKTK bawah 18 telah mengadakan perlawanan Persahabatan Antarabangsa dengan Frenz United Football Academy Indonesia (FUFA IND) pada 6 April yang lalu di Stadium Janda Baik Pahang. Pasukan bola sepak SMKTK telah mendapat keputusan seri 1-1 dengan Frenz United Indonesia. Tahniah kepada Cikgu Sa’ari dan pasukannya kerana berjaya mengutip keputusan seri dalam perlawanan persahabatan tersebut.
ASYRAF SA’ARI (6AB)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Bil. 3/2013






             Bengkel FROG VLE Siri 4 telah mengisi slot Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua guru SMK Tinggi Kajang. Bengkel itu diadakan pada 6 April yang lalu bertempat di makmal komputer dan pusat sumber. Fasilitator yang terlibat dalam program ini ialah En. Soh Bon Chuan, Pn. Norhana Ngadiman dan Pn. Mahida Muhamad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang cara-cara untuk memberi latihan kepada murid-murid, menyemak latihan yang diberikan, dan memberi pemarkahan kepada murid-murid.

SHAQIL SHUFFI (5H)

Sambutan Ulang Tahun Penubuhan SMK Tinggi Kajang ke-94

                                                


          Sambutan Ulang Tahun Penubuhan SMKTK ke-94 yang diadakan pada 1 April yang lalu telah dirasmikan oleh YDP PIBG Prof. Madya. Dr. Ibrahim bin Abu Bakar. Majlis yang diadakan di Dataran Murni turut diserikan dengan acara memotong kek oleh barisan pentadbir bersama-sama dua orang pelajar yang menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh yang sama iaitu Nurhanani (6AB) dan Muhd Arif Syazwan (4C). Pelajar tingkatan 6AB iaitu Kamarul Ariffin telah membaca sebuah gurindam untuk acara persembahan . Majlis turut dimeriahkan lagi dengan bacaan sejarah sekolah oleh Pn. Shamsinah dan seterusnya mengendalikan acara kuiz. Dalam majlis tersebut juga, tetamu kehormat telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu bagi memohon sumbangan warga SMKTK sebagai tanda penghargaan atas perjuangan wira-wira negara yang telah terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara.

NURHANANI (6AB)

Thursday, April 11, 2013

Surat Jemputan ke Anugerah Cemerlang 2013


Surat Jemputan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
JALAN SEMENYIH,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

       TELEFON        : 03-87363044
FAKSIMILI     : 03-87341478
EMAIL : kjghigh@yahoo.com
 

 
Ruj.Kami         :  SMKTK.700-2(   )
Tarikh              :  2 April 2013
Kepada,
----------------------------------
----------------------------------
---------------------------------
Tuan/puan,

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, ingin memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Cemerlang 2013 akan diadakan pada:
Tarikh       :      20 April 2013 (Sabtu)
Masa        :      8.00 pagi
Tempat    :       Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin , SMK Tinggi Kajang.

2.          Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan anak tuan/puan yang bernama__________________________
dari tingkatan ______ kerana berjaya meraih anugerah berikut:

Pencapaian Cemerlang *PMR / SPM / STPM 2012/ Anugerah PIBG/ Hadiah Insentif

Terbaik Mata Pelajaran  *SPM/ STPM 2012    
Pelajar Terbaik Aliran *Sastera/ Sains bagi SPM/STPM 2012     

Penerima  Anugerah Pingat Khas:
(Ibu bapa penerima Pingat  Khas akan dijemput naik ke pentas bersama-sama anak mereka)

3.     Pihak sekolah turut berbesar hati menjemput tuan/puan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekiranya penerima hadiah tidak dapat hadir tuan/puan diminta menghantar seorang wakil dari kalangan ahli keluarga.

4.   Semua penerima hadiah termasuk wakil mestilah mematuhi etika pakaian seperti berikut:

4.1 Berpakaian seragam sekolah masing-masing yang lengkap atau
4.2 Berkemeja lengan panjang , seluar slack, bertali leher dan berkasut atau
perempuan)  dan berkasut atau
4.3 Berbaju kurung @ blaus berlengan dengan skirt labuh ( untuk pelajar perempuan)  dan berkasut.

5.  Kerjasama dan kesudian tuan/puan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“ Kejujuran dan Ketekunan “
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah

NIK MAT BIN NIK MAN
Pengetua
SMK Tinggi Kajang

SURAT JAWAPAN
----------------------------
---------------------------
---------------------------

                                                                                                      Tarikh:
Pengetua
SMK Tinggi Kajang
43000 Kajang
Selangor

Tuan,

Majlis Anugerah Cemerlang 2013

Merujuk kepada perkara di atas, saya _______________________________
ibu/bapa/penjaga kepada ______________________________ tingkatan
______ ingin memaklumkan kehadiran seperti berikut:

 
Hadir
Tidak Hadir
Penerima Hadiah
 
 
Ibu
 
 
Bapa
 
 

                  Sila tandakan (     )  pada ruangan berkenaan
Sekian.
Yang benar,            

Nota:

Pengesahan Kehadiran ini hendaklah dikembalikan sebelum 12 April 2013 sama ada melalui pos, faks ( 03-87341478 )atau melalui SMS.

Talian untuk SMS bagi ialah 013-9582599 – Pn Sarleena bt Mamat (PMR), 012-3196221 - Pn Chia Lee Fong (SPM), 016-2420910 – Pn Hasrani (STPM). Sila nyatakan adakah penerima hadiah akan hadir atau tidak dan sama ada ibu bapa akan hadir bersama pada hari berkenaan

Jika ibu atau bapa ingin mewakili anak untuk menerima hadiah di atas pentas, sila maklumkan kepada AJK Pendaftaran pada hari berkenaan.

Terima kasih.

 

 

 

Majlis Anugerah Cemerlang 2013


STPM 2012
A) PELAJAR TERBAIK MATA PELAJARAN
Bil.
Nama Murid
Ting.
Mata Pelajaran
1
NURUL FAEISNUR BINTI HASIM
6AA
P.AM, GEO & B.M
2
NURUL HIDAYAH BINTI ZULKIFLI
6AA
B.MELAYU
3
PUVANESWARY A/P SANRABABU
6AA
PENGAJIAN AM
4
BENEDICT NGOH TI YANG
6AB
P.AM, BM, SAST & SEJ
5
JOEL RUBEN A/L JOHN
6AB
SEJARAH
6
LEE HUI SAN
6AB
P.AM, BM & SEJ
7
MUHAMMAD AKMALUDDIN BIN HAMDAN
6AB
B.MELAYU
8
NG HUI XIAN
6AB
SASTERA
9
NOR SYAZWANI BINTI SUHAIMI
6AB
B.MELAYU
10
NURRUL FASIHAH BINTI AZIZ
6AB
SASTERA
11
SUHANIYA A/P KALAISILVEN
6AB
SEJARAH
12
CHAI WEN CHEE
6AC
EKONOMI
13
KIRTHANA A/P MANIRAJ
6AC
P.AM, EKON, PP & AKAUN
14
LAW KIAN FATT
6AC
P.AM & PP
15
LIM WEI SIENG
6AC
EKONOMI
16
MUHAMMAD KHOIRUL BIN MOHD AFFENDI
6AC
P.PERNIAGAAN
17
NADIAH BT JAMAL
6AC
P.AM & PP
18
CHONG KAH WEE
6AD
EKO, PP, AKAUN
19
DEXTER LEE
6AD
PENGAJIAN AM
20
LEE JIA QI
6AD
EKONOMI
21
LOW KHER SHING
6AD
EKONOMI
22
NEO WEN KYE
6AD
P.PERNIAGAAN
23
PATHMASHNI A/P MAGANTHIRAN
6AD
PENGAJIAN AM
24
SITI FATIMATUZZAHRAH BINTI MOHAMED ZAINI
6AD
PENGAJIAN AM
25
WONG FUEI SAN
6AD
P.AM,EKO,PP & AKAUN
26
LEE HUNG LING
6AD
PENGAJIAN AM
27
CHAN JING WEN
6AE
PENGAJIAN AM
28
CHEANG SHING
6AE
PENGAJIAN AM
29
GOH WAN XIEN
6AE
MATHEMATICS T
30
LEE KENTH ZHENG
6AE
PENGAJIAN AM
31
NG WAI HOE
6AE
PENGAJIAN AM
32
TAN JACK HOE
6AE
P.AM & MATH T
33
BRIAN WONG YANG LEE
6AF
MATH T & PHYSICS
34
CHEN TAI YEE
6AF
PENGAJIAN AM
35
HEW CHEE YOONG
6AF
P.AM & MATH T
36
HEW WAN WAH
6AF
MATHEMATICS T
37
SOONG CHEE CHING
6AF
PENGAJIAN AM
38
CHEONG WEI LI
6AG
PENGAJIAN AM
39
EU CHEE LING
6AG
P.AM, MATHS T, BIO
40
KASTHURI A/P VEERAMORGAN
6AG
PENGAJIAN AM
41
LAI SIAU FEI
6AG
PENGAJIAN AM
42
LEE WAN YING
6AG
PENGAJIAN AM
43
LIM YEN CHIE
6AG
PENGAJIAN AM
44
RAVI VARMA A/L MURTHI
6AG
PENGAJIAN AM
45
SUTHASHINI A/P SUBRAMANIAM
6AG
PENGAJIAN AM
46
TAN HWEE KUEN
6AG
PENGAJIAN AM
47
NG ZHI XIONG
6AG
MATHEMATICS T
48
ERDY ZULFADLY BIN SAHARUDIN
6AH
PENGAJIAN AM
49
KAW NI MAY
6AH
PENGAJIAN AM
50
LOH MEI LIM
6AH
PENGAJIAN AM
51
NG SIEW LING
6AH
PENGAJIAN AM
B) ANUGERAH KHAS PIBG (Semua A)
Bil.
Nama Murid
Ting.
Pencapaian
1
BENEDICT NGOH TI YANG
6AB
4A (CGPA 4)
2
KIRTHANA A/P MANIRAJ
6AC
4A (CGPA 4)
3
WONG FUEI SAN
6AD
4A (CGPA 4)
4
NURUL FAEISNUR BINTI HASIM
6AA
3A 1A- (CGPA 3.92)
5
LEE HUI SAN
6AB
3A 1A- (CGPA 3.92)
6
CHONG KAH WEE
6AD
3A 1A- (CGPA 3.92)
7
EU CHEE LING
6AG
3A 1A- (CGPA 3.92)
C) PELAJAR TERBAIK ALIRAN
Terbaik Aliran Sastera  :  WONG FUEI SAN
Terbaik Aliran Sains     :  EU CHEE LING
PEMENANG PINGAT KHAS 2013
Pingat Prof.Dato’Dr.Hj.Kamel Ariffin bin Mohd Atan
Bumiputera Terbaik PMR
MUHAMAD SHAFEEQ BIN NAHOOR AZIZ
Bumiputera Terbaik Bagi Mata Pelajaran Matematik Tambahan SPM
AHMAD KAMIL BIN AHMAD NADZRI
Bumiputera Terbaik Aliran Sains
AHMAD KAMIL BIN AHMAD NADZRI
Pingat Mendiang Tan Sri Dr.Tan Chee Khoon
Pingat Tan Chin Ghee                                                        Terbaik Keseluruhan PMR
SUTHESH A/L VASUDHEVAN
Pingat Gates                                                                        Terbaik Keseluruhan SPM
SENDURADESIGEN NAIDU A/L PARTHASARATHEE
Pingat Tay Kim Siew                                                            Terbaik Keseluruhan STPM
WONG FUEI SAN
Catatan:
Semua pelajar yang terpilih diminta menghubungi guru terlibat atau pihak sekolah
untuk memaklumkan kehadiran. Jika surat makluman tidak diterima, sila rujuk
surat  berkenaan seperti yang dipaparkan dalam laman web sekolah.
Tahniah dan terima kasih.