Wednesday, March 6, 2013

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia 2013

 
 


MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Pada 6 Mac telah berlangsung Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada setiap pelajar Tingkatan 6 SMK Tinggi Kajang. Penyerahan BB1M bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan selain memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar di Malaysia. Nilai baucar juga meningkat daripada RM 200.00 kepada RM 250.00. Inisiatif ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di seluruh Negara. Seramai 5 orang pelajar dipilih untuk menerima baucar daripada Tuan Pengetua di Dataran Murni. Penyerahan BB1M kepada pelajar lain dilakukan oleh guru tingkatan di dalam kelas masing-masing.
KHAIRUL HAZMIR (6AA)
 
 

0 comments:

Post a Comment