Tuesday, March 5, 2013

Majlis Pelantikan Pengawas dan PRS


 

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS DAN PRS

       Pada 25 Februari yang lepas, telah berlangsung Majlis Pelantikan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2013 SMK Tinggi Kajang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG , Yang Berbahagia Dr. Ibrahim b. Abu Bakar. Turut hadir Yang Setia, Inspektor Azrul b. Mohd Nor dan Yang Setia Sub-Inspektor Zainol Abidin b Abdul Hamid iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah. Seramai 69 pelajar telah menerima sijil pelantikan sebagai pengawas sekolah dan 46 pelajar telah menerima sijil pelantikan sebagai PRS. Saudara Jacob Thelvan dilantik sebagai ketua murid dan saudari Fahmiza binti Mohd Stephen sebagai penolong ketua murid. Bagi PRS, Aidi Assyal Affzarizal bin Abu Hurairah telah dilantik sebagai Pengerusi dan Nurul Munawwarah bt Nulferdi selaku Naib Pengerusi. Semoga para pengawas dan PRS sekolah dapat membantu guru – guru untuk mencapai misi dan visi sekolah.KHAIRUL ANUAR (6AA) DAN ASYRAF (6AB)


0 comments:

Post a Comment