Saturday, February 9, 2013

MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



                Pada 1 Februari 2013 bersamaan 20 Rabiulawal 1434 Hijrah , SMK Tinggi Kajang telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin . Sambutan ini melibatkan semua warga SMKTK . Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Osman yang merupakan guru SMKTK . Ceramah ini bertujuan untuk menyemai dan menanam rasa cinta yang berterusan kepada Rasulullah S.A.W . di samping menghayati  pengorbanan baginda.  
Berita Oleh: Ahmad (5G)

 

0 comments:

Post a Comment