Tuesday, April 10, 2012

KPM Jawab Rintihan Guru Keperitan Beban Tugas

Berita Harian bertarikh 9 Mac 2012 



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Rose, Malaysia” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 9 Mac 2012Keperitan beban guru tidak boleh diselami dari jauh.

Pengadu menyatakan bahawa guru-guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan kerja yang berulang-ulang serta membazir masa dan tenaga mereka.

KPM amat prihatin terhadap beban tugas yang dihadapi oleh guru. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Bebab Tugas Guru (JKPMIBTG) telah ditubuhkan bagi menangani isu beban tugas guru.

Merujuk kepada pelbagai sistem yang perlu digunakan oleh guru, KPM kearah melaksanakan satu sistem ‘Single Entry’ dalam semua aspek pengurusan sekolah termasuklah pengurusan markah. KPM  sedang memperluaskan penggunaan 1Bestari Net secara berperingkat di semua sekolah bawah KPM bagi menggantikan Schoolnet.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

Rujukan di sini.

0 comments:

Post a Comment