Thursday, December 22, 2011

Christmas Open House at Kajang High School


National-Level Christmas Open House 
in 
Kajang High School
26 December 2011
Monday
2.30 pm - 6.30 pm
To be officiated by
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputy Prime Minister of Malaysia

Come in drove to celebrate the occasion in the spirit of 1Malaysia
Ho..ho..ho..ho...


The principal, 
teachers, staffs and pupils 
of 
Kajang High School 
would like to take this opportunity to wlecome all Malaysians to 
Kajang High School and to have a Happy Christmas


Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR 2011 Diumum Khamis 22 Disember 2011

December 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online.

Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.

Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini.

Baca lagi di sini.

Friday, December 16, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  

Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna: Sila masukkan No KP anda
Katalaluan: Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. KP sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.

Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.

Klik di sini untuk akses ke laman web moe.