Wednesday, July 6, 2011

Sukan Tahunan ke 76 KHS 2011

Sukan Tahunan KHS kali ke 76 akan berlangsung pada hari Jumaat 8 Julai 2011 di Padang KHS. Semua warga KHS, EX-KHS, ibubapa, adik abang kakak, pakcik makcik, datuk nenek, kaum kerabat, sahabat dekat, sahabat jauh dijemput memeriahkan acara. TQ.
 
Kindersley mendahului
ahlinya bersemangat sekali
jangan leka Low Ti Kok mengekori
bila-bila masa boleh mengatasi
Raja Muhammad bangkit menyaingi
mencuba dan terus mencuba menandingi
Buck belum panas lagi
baru nak wam-up menjelang hari sukan nanti
Haji Jalil seakan tak menjadi
kena berusaha dengan gigih lagi.

KHS bersukan memartabat atlit sendiri
menyahut seruan 1Murid 1Sukan 1Malaysia agenda terkini.

CNM, 6/7/11, 22.45 pm

0 comments:

Post a Comment