Saturday, April 2, 2011

Kenaikan Pangkat Guru Siswazah - KPM Beri Penjelasan

Berita Harian bertarikh 28 Mac 2011 – KAJI KENAIKAN PANGKAT GURU SISWAZAH
 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 28 Mac 2011– Kaji kenaikan pangkat guru siswazah.
 
Di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari Gred DG3 ke Gred DG2 adalah PPPS yang telah mencapai matagaji maksimum P1T26 atau di matagaji yang setaraf selama dua (2) tahun berturut-turut serta telah berada di skim PPPS dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 tahun.

Pada masa ini, KPM melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based bagi PPPS dari Gred DG41 ke Gred DG44 dan Gred DG44 ke DG48 dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan syarat-syarat skim dan dasar sedia ada. Kaedah pelaksanaan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi PPPS Gred DG3 Yang Dilantik Sebelum 31 Oktober 2002 dan Memilih Opsyen Skim Saraan Malaysia (SSM) adalah berdasarkan surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(S)324/14/9 Klt. 22 (44) bertarikh 28 Oktober 2002 menetapkan bahawa kenaikan pangkat secara Time-based PPPS Gred DG3 ke Gred DG44/DG48 disusun mengikut matagaji dan tarikh kenaikan pangkat berdasarkan Tarikh Pergerakan Gaji tahun 2002 atau tarikh lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mana yang terkemudian bagi memastikan tidak berlaku pelangkauan kekananan. 

Perkara yang dibangkitkan oleh pengadu telah dalam pengetahuan KPM melalui perbincangan dengan kesatuan (NUTP) pada 8 Mac 2011.  Kesatuan telah diminta menyediakan data lengkap semua kumpulan PPPS yang berkaitan bagi persediaan perbincangan bersama di antara Kesatuan, KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


0 comments:

Post a Comment