Wednesday, December 15, 2010

KPM Jawab Kesilapan Soalan Matematik Tambahan Tidak Lengkap

Berita Harian bertarikh 3 Disember 2010

SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN TIDAK LENGKAP



                 
Kementerian  Pelajaran Malaysia   (KPM) ingin merujuk kepada SMS “TRW82:BHA33588”  dalam ruangan Rakan@bh akhbar   Berita Harian bertarikh 3 Disember 2010.
            
KPM merujuk kepada SMS – Soalan  Matematik Tambahan   kertas 2 nombor 11, tidak lengkap. Mana label  sudut? Ramai pelajar tanya, nak   jawab apa soalan mereka? Soalan  bonuskah?
            
Lembaga  Peperiksaan (LP) mengambil maklum tentang   kesilapan berkaitan Kertas  Soalan Matematik Tambahan SPM 2010 [Soalan 11(a)].   Walau bagaimanapun,  kajian LP mendapati bahawa kesilapan kecil tersebut   tidak  menjejaskan prestasi calon keseluruhannya.
            
Sesungguhnya,  LP mempunyai prosedur kerja yang mantap   dan kukuh yang telah  dijalankan selama ini. LP ingin menegaskan bahawa semua   calon  peperiksaan diberi pertimbangan yang adil dan keputusan yang sahih    selaras dengan dasar dan prinsip yang dipegang oleh LP. Kepentingan  calon   tetap akan diutamakan dalam semua keadaan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Baca lagi di sini.
            

0 comments:

Post a Comment