Monday, October 18, 2010

KPM Jelaskan Tatacara Pemilihan Calon Pengetua

Nanyang Siang Pau bertarikh 24 September 2010

KPM PERLU TUBUHKAN JAWATANKUASA MEMILIH PENGETUA


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh  24 September 2010 (A5) – KPM perlu tubuhkan jawatankuasa memilih pengetua.
Untuk makluman, jawatan Pengetua Gred DG48 dan Gred DG52 boleh diisi di kalangan calon-calon berikut:
  • Calon-calon yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG48 dan Gred DG52 oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP);
  • Calon-calon yang telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 secara ”Time-Based” (bagi mengisi jawatan Pengetua Gred DG48 sahaja);
  • Calon-calon yang telah berada di atas jawatan Gred DG48 dan Gred DG52; dan
  • Pengetua Cemerlang Gred DG52, DG54 dan JUSA C.
Cadangan calon yang terdiri daripada kalangan calon-calon di atas unuk mengisi jawatan Pengetua dicadangkan oleh Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) melalui jawatankuasa Penempatan / Pertukaran di peringkat JPN. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran, JPN dan ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua-ketua Sektor, JPN.Cadangan tersebut dikemukakan oleh JPN kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selaku Ketua Perkhidmatan untuk kelulusan. Setelah diluluskan, surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM kepada calon melalui Pengarah Pelajaran, JPN selaku Ketua Jabatan.
Pemilihan Pengetua adalah melalui sistem yang teratur mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pihak BPSM akan memastikan hanya calon-calon yang layak seperti di para 1 (i) hingga (iv) sahaja ditempatkan sebagai Pengetua.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment