Saturday, September 4, 2010

Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum

Institusi Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum


Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1Malaysia.

2.         Sekiranya wujud serta ada kebenaran akan perkara seperti ini berlaku, Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga pendidikan sama ada Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta kakitangan sekolah, yang mempunyai sikap rasis sama ada dengan menggunakan kata-kata, perbuatan atau penulisan. Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kesalahan mereka. Ini selaras dengan peringatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya tindakan tegas harus diambil terhadap sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman agar ia tidak menimbulkan natijah yang buruk.

3.         Sekolah adalah merupakan tempat untuk mengukuhkan perpaduan kaum, justeru, saya menyeru serta mengingatkan semua warga sekolah supaya sentiasa berhemah semasa kita melaksanakan tugas, dan sentiasa sensitif kepada hasrat Kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini sesuai dengan Konsep 1Malaysia.

4.         Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan. 

Sekian dimaklumkan. 

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment