Saturday, August 14, 2010

Tetapkan Cuti Sabtu, Ahad - KPM Beri Penjelasan

Berita Harian bertarikh 22 Julai 2010 – TETAPKAN CUTI SABTU, AHAD




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Norhisyam Mohamad, Kuala Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 22 Julai 2010 – “Tetapkan cuti Sabtu, Ahad”.

KPM telah pun memaklumkan kepada semua agensi-agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah berkaitan Cuti Sabtu. Makluman tersebut disiarkan melalui surat siaran bertarikh 5 Disember 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 tahun 2005. Surat siaran ini dikeluarkan ekoran daripada Surat Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Surat Pekeliling Pentadbiran tahun 2005 dan isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa;

Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga merupakan hari cuti bagi semua pekerja di agensi kerajaan mahupun agensi swasta. Manakala Sabtu minggu kedua dan keempat dibenarkan pihak agensi melaksanakan tugas mengikut keperluan.

Jelas sekali surat siaran tersebut tidak membenarkan kakitangan kerajaan mengadakan aktiviti atau program pada Sabtu minggu pertama dan ketiga. Pihak KPM juga telah mengeluarkan surat arahan kepada sekolah-sekolah yang masih ingkar agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan Cuti Hari Sabtu yang telah diwartakan. KPM boleh mengambil tindakan kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mengingkari arahan tersebut.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment