Friday, July 30, 2010

KPM Jawab Kenapa Sekolah Kutip 'Special Fee'

The Star bertarikh 23 Julai 2010 – WHY MUST SCHOOLS COLLECT SPECIAL FEE?




Ministry of Education (MOE) would like to refer to a letter by Parent, from George Town published in THE STAR dated 23 July 2010 on the issue of  –– “Why must schools collect special fee.

Untuk makluman “Parent”, yuran yang dimansuhkan ialah YURAN KHAS iaitu Yuran Khas Sekolah Rendah sebanyak RM 4.50 dan Yuran Khas Sekolah Menengah sebanyak RM 9.00.
Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM telah mengeluarkan Surat pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 berkaitan dengan Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan bertarikh 26 Oktober 2009 kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) untuk edaran kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Sekolah-sekolah bagi memaklumkan jumlah Bayaran Tambahan yang perlu di bayar.
Merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh penulis, yuran yang dikenakan oleh pihak sekolah adalah BAYARAN TAMBAHAN Mengikut Sekolah dan Bayaran ini dikenakan oleh semua sekolah seluruh Negara termasuk SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang.
Pihak sekolah telah memanggil para pelajar selepas perhimpunan pagi pada 19 Julai 2010. Pihak sekolah dengan niat baik telah memaklumkan kepada para pelajar (lebih kurang 20 pelajar) yang tidak dapat membayar yuran agar membuat permohonan pengecualian kepada pihak sekolah jika tidak mampu membayar bayaran tambahan.
Kenyataan “Parent” mengenai tiada peruntukan dari kerajaan untuk penyelengaraan dan aktiviti-aktiviti sekolah adalah tidak berasas dan rekaan semata-mata.
 

CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment