Saturday, June 26, 2010

KPM - Pengetua Telah Mengambil Tindakan Yang Betul

Utusan Malaysia bertarikh 16 Jun 2010 – PENGETUA TAKSUB PADA PROSEDUR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bapa Kecewa, Saujana Utama, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 June 2010 – Pengetua taksub pada prosedur.

Isu yang ditimbulkan oleh Bapa Kecewa ialah beliau tidak mendapat pengesahan salinan kad pengenalan anaknya daripada pengetua kerana tidak membawa kad pengenalan yang asal dan beranggapan bahawa pengetua tidak melayan dengan adil kerana dia bukan kakitangan kerajaan.

Untuk makluman, setiap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Ini adalah bertujuan mengelakkan masalah timbul di masa-masa akan datang.

Pengetua Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh telah menjalankan tugas dan tindakan yang betul mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan pengetua adalah wajar kerana setiap salinan dokumen yang hendak disahkan perlu disertakan dengan dokumen asal.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment