Monday, March 22, 2010

Kementerian tak tukar status calon isi jawatan pengetua

2010/03/22

SERAMAI 160 pengetua pada 2008 dan 150 pada 2009 dilantik melalui urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat ke gred DG48. Bagi kaedah pengisian secara penempatan setara, 241 pengetua dilantik mengisi jawatan Pengetua Gred DG48.

Kementerian Pelajaran merujuk laporan akhbar ini 1 Mac lalu bertajuk ‘Ada pihak menganggap pelantikan sebagai pengetua satu bebanan’. Berikut sebahagian petikan laporan akhbar itu:

“Difahamkan, Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran iaitu jabatan yang dimonopoli sepenuhnya kumpulan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang mengurus proses kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan, hanya perlu menukar status DG48 (KUP) kepada DG48 (Hakiki) ketika hendak melantik PPPS menjadi pengetua.’ Syor pengisian jawatan itu disedia Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan dikemukakan untuk persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran sebagai Ketua Perkhidmatan.


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian hanya mengeluarkan Arahan Penempatan selepas mendapat persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran.

Jawatan pengetua gred DG48 dan DG52 boleh diisi melalui pemangkuan dan penempatan setara. Bagi pemangkuan, jawatan ini boleh diisi calon gred DG48 yang diluluskan pemangkuan ke Gred DG52 oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

Pengisian secara penempatan setara diisi calon yang dinaikkan ke gred DG48 secara Khas Untuk Penyandang (KUP), DG48 dan DG52 hakiki dan Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP), DG54 (KUP) dan Jusa C (KUP).

Jawatan pengetua boleh diisi calon gred DG44 dan DG48 yang diluluskan LKPPP untuk urusan pemangkuan ke gred DG48 dan DG52.

Adalah tidak benar, pelantikan pengetua semata-mata melalui penukaran status calon KUP kepada hakiki.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,

Kementerian Pelajaran.



0 comments:

Post a Comment