Friday, May 24, 2013

Happy Wesak Day 2013


Set Aside Differences...
Everyone Coming Together As One United Family for Nation's Good
by 
PM Dato' Seri Najib Razak
www.1malaysia.com.my )

24 May 2013

Sincerely
from
The Principal
and
All Staffs 

SMK Tinggi Kajang


Wednesday, May 22, 2013

Tentatif Program Perkampungan Ilmu PMR dan SPM 2013


Unit Kurikulum SMK Tinggi Kajang akan menganjurkan Program Perkampungan Ilmu bagi pelajar yang menduduki peperiksaan awam PMR dan SPM pada tahun 2013. Program ini akan berlangsung pada 23, 25 dan 27 Mei bagi pelajar PMR manakala 27, 28 dan 29 Mei bagi pelajar SPM. Antara aktiviti  yang akan diadakan bagi pelajar PMR ialah “English Camp”, Santapan Rohani dan teknik menjawab bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Selain itu,  aktiviti yang diadakan bagi pelajar SPM pula ialah Santapan Rohani dan teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkat prestasi pelajar-pelajar PMR dan SPM pada tahun ini. Para ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program ini boleh melayari laman web sekolah.

Shaqil Shuffi (5H) & Ahmad Amirul (5G)

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013




 

 
    
      SMK Tinggi Kajang telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei 2013. Majlis ini berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Dataran Murni. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia 1Aspirasi, 1Agenda. Majlis turut dihadiri YDP PIBG Prof Madya Dr. Ibrahim Bin Abu Bakar dan Naib YDP PIBG En. Subramaniam a/l Thirupathy. Majlis diserikan lagi oleh persembahan koir pelajar Tingkatan 6 Bawah dan penyerahan kad ucapan pelajar kepada Tuan Pengetua. Penyampaian hadiah bagi kategori bilik guru tercantik dan perarakan masuk guru-guru ke tapak perhimpunan telah dimenangi oleh bilik guru 4. Anugerah Guru Setia diberikan kepada guru-guru yang mempunyai kehadiran penuh sepanjang tahun 2012. Anugerah Khas Pengetua turut memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun di SMK Tinggi Kajang.
Ahmad Amirul (5G) & Hilmi (3RKAA)

Monday, May 20, 2013

PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU 2013 SMK TINGGI KAJANG


Perkampongan Ilmu KHS - Perkampongan Ilmu KHS - Perkampungan Ilmu KHS -

Thursday, May 16, 2013

LADAP BIL 4/2013

 


      Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-4 telah diadakan pada 11 Mei yang dengan tajuk “Pembugaran Kajian Tindakan”. Ceramah ini bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di pusat sumber SMK Tinggi Kajang. Penceramah jemputan bagi slot kali ini ialah Puan Hanizah Hassan, Jurulatih Utama Kajian Tindakan dari SMK SAAS dan Encik Wan Shuib bin Wan Ahmad pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi motivasi dan menyemarakkan semangat para guru untuk membuat kajian tindakan di peringkat sekolah bagi meningkatkan mutu kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pencapaian murid-murid. Kajian tindakan yang dihasilkan juga diharapkan boleh dikongsi untuk diaplikasikan oleh guru-guru lain.
Shaqil Shuffi (5H)

Program 1M “Angle Rugby Talent”



SMK Tinggi Kajang telah menghantar seramai 27 pelajar tingkatan satu menyertai program “Angle Rugby Talent”  pada 11 Mei yang lepas . Program  1M “Angle Rugby Talent” turut dikenali Program Klinik Ragbi ini telah diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang adalah anjuran Kelab Ragbi Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ragbi Malaysia . Program ini telah disertai oleh 8 buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas- asas dalam sukan ragbi kepada para pelajar sekolah.
Badrul Amin (3KAA)

“Selamat Datang ke SMK Tinggi Kajang”




“Selamat datang ke SMK Tinggi Kajang”, itulah ungkapan yang diterima lebih 150 orang pelajar baru yang mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6 Bawah bagi sesi 2013/2014 pada 8 Mei 2013 yang lalu.Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang Minggu Suai Kenal. Antaranya ialah taklimat oleh Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu En. Rizal B. Uzir, Program Kolaborasi Bersama Yayasan 1 Malaysia, Citra Seni, Senamrobik dan Apresiasi SMK Tinggi Kajang. Pn. Hasrani Razali selaku guru penyelaras Tingkatan 6 Bawah dengan bantuan guru-guru Tingkatan 6 yang lain telah berjaya mengendalikan program ini dengan lancar.
Siti Nurdiana Bt. Ismail & Effa Fazira (6AB)

Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor


Pasukan MSSDHL U18

Pasukan MSSDHL U15

Pada 7 hingga 11 Mei yang lalu, Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor telah berlangsung di Kuala Selangor. Bagi kategori bawah 15 tahun, pasukan bola sepak daerah Klang telah muncul sebagai juara manakala pasukan dari daerah Hulu Langat telah menjadi naib juara. Pemenang tempat ketiga pula dikongsi oleh pasukan bola sepak daerah Petaling Perdana dan Sabak Bernam. Bagi kategori bawah 17 tahun pula, daerah Klang turut menjadi juara manakala gelaran naib juara telah disandang oleh pasukan dari daerah Petaling Utama. Pasukan dari daerah Kuala Selangor telah mendapat tempat ke-3. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang telah menang.

Hazim Mirza (3E) & M.Nasrullah (3B)

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013 SMK TINGGI KAJANG


Khas untuk semua murid 5H, 5G, 5F dan 5E, 2013

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013

Kerja Projek Matematik Tambahan Tingkatan 5 adalah wajib dilakukan oleh semua murid yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam Peperiksaan SPM 2013.

Sila baca panduan murid bagi melakukan kerja projek ini, kemudian pilih satu soalan daripada dua soalan yang disediakan serta muat turun dokumen-dokumen kerja projek yang berkenaan, dan lakukan kerja projek bagi soalan yang dipilih. 

Sila hantar kerja projek yang telah dilengkapkan kepada guru mata pelajaran Matematik Tambahan anda pada atau sebelum 10 Jun 2013.

Murid-murid yang lewat menghantar tidak akan diterima.

Sila ambil perkara ini dengan sirius. Sebarang kemusykilan sila bertanya dengan guru Matematik Tambahan anda.

Nota:  Panduan yang disertakan adalah versi 2012. Bagaimanapun keseluruhan kandungannya adalah seperti versi 2013

Kerja Projek Add Maths 2013 - Guidelines -

Monday, May 13, 2013

PANDUAN MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Format Kajian Tindakan -
ajian Tindakan - Kajian Tindakan -

Thursday, May 9, 2013

PROGRAM MATRIKULASI KPM SELEPAS SATU DEKAD





 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan “Program Matrikulasi KPM Selepas Satu Dekad” bertempat di Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin. Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari ini dikendalikan oleh En. Awang Kechik bin Muhammad, pegawai dari Kolej Matrikulasi Selangor, Banting. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai hala tuju mereka selepas peperiksaan SPM terutama sekali kepada para pelajar yang ingin memohon ke Program Matrikulasi. Program ini berjaya memberi pendedahan kepada para pelajar 5D hingga 5H mengenai hala tuju mereka selepas peperiksaan SPM. Para pelajar yang berhasrat untuk mengikuti Program Matrikulasi diharapkan memanfaatkan maklumat yang telah disampaikan. Pelajar-pelajar tingkatan 5A, B, dan C turut mendapat pendedahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM daripada Pn. Noralina, iaitu wakil dari MSU.
AIMAN (5H)

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD HULU LANGAT



 

 
 
Pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang di bawah bimbingan Encik Saari telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan-Sukan Daerah Hulu Langat (MSSDHL) bawah 18 tahun manakala pasukan bawah 15 tahun pula menduduki tempat ketiga. Kejohanan ini berlangsung pada 22 hingga 24 April 2013 bertempat di padang SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Selaku penganjur pertandingan, SMK Tinggi Kajang telah merampas semula gelaran juara daripada SMK Pandan Indah yang menjuarai kategori bawah 18 pada tahun lalu. Syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak SMK Tinggi Kajang.
(AHMAD AMIRUL 5G)