Tuesday, June 26, 2012

Kempen Derma Darah KHS 2012


Kempen Derma Darah KHS 2012
Tarikh: 28 Jun 2012
Tempat: Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Semua murid, ibubapa dan guru dijemput menderma darah.
~SETITIS DARAH ANDA MUNGKIN DAPAT MENYELAMATKAN SATU NYAWA~

Sunday, June 24, 2012

Setia Kepada Kerajaan! - Kata KSN Baru

Setia kepada kerajaan, kata KSN baru kepada kakitangan awam

June 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Jun —Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.

"Mereka perlu tahu. Jangan terpedaya dengan janji kosong," kata Ketua Pengarah Unit Kersama Swasta (UKAS), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam respon kepada soalan yang diajukan oleh akhbar New Straits Times berkenaan janji pembangkang.

"Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna," kata ketua penjawat awam itu yang baru dilantik awal minggu ini, dalam satu temuramah bersama akhbar berbahasa Inggeris tersebut.

Baca lagi di sini.

Saturday, June 2, 2012


DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

al-Sultan Sir al Mu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni al Marhum Sultan Badlishah

Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Pada 2 Jun 2012 

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Sembah Takzim Daripada Seluruh Warga  
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang,
Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor